Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya 2010 Syiok!!

Hari pertama saya amat baik. Saya dapat menemui saudara-mara saya yang lama tidak berjumpa. Saya pergi ke rumah makcik sebelah ibu saya dekat Pasir Ris dahulu kerana datuk dan nenek tiada lagi.Walaupun tidak ramai saudara saya yang hadir,saya berasa gembira.Selepas itu saya terus ke rumah pakcik sebelah bapak saya untuk berkumpul di sana kerana nenek-datuk sudah tiada lagi.Ramai saudara saya hadir.Mereka sangat ceria dan segar.

Hari kedua saya ke Malaysia untuk temui saudara saya yang berada di Pasir Gudang,Johor.Di sana sangat meriah.Suasana di Malaysia amat menarik daripada Singapura.Mereka semua sangat baik dan peramah.

1 comment: